Wednesday 23 July 2014

THE NEGOTIATION : NAJIB VS BORODAI

#MH17 : Gambar Dan Video!!! Di Sebalik Rundingan Najib VS Borodai

 Source From Belia Bangkit Blog Here



Kejayaan rundingan di antara kerajaan Malaysia dengan pemberontak Ukraine dalam insiden MH17 mendapat liputan dan pujian di peringkat antarabangsa. Segala perjanjian telah tercapai apabila Najib Razak bercakap dengan Alexander Borodai, pemimpin yang dirujuk sebagai 'who is in command of the region where the tragedy occurred' oleh Najib Razak.

Lihat butir-butir perjanjian tersebut di sini.... Manakala di bawah ini adalah dokumen perjanjian di antara pihak Alexander Borodai dengan kerajaan Malaysia seperti yang tersebar di dalam twitter :





Lihat seterusnya dokumen perjanjian tersebut di sini

Malah usaha Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu MH17 telah mendapat liputan media asing. Akhbar The New York Times, misalnya memuji tindakan pemimpin negara dalam mencapai persetujuan dengan pemberontak pro Rusia tanpa mempedulikan sebarang tekanan daripada negara kuasa besar. Lihat video berikut :


GALLERY

Malaysian Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak








Penyiasat Malaysia Kongsi Pengalaman Berunding Dengan A. Borodai!!!


Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sukri Hussain Mohd Sukri hari ini menceritakan pengalamannya berunding dengan pasukan pemisah Ukraine bagi mengambil mayat dan kotak hitam MH17.
Katanya, beliau ke Donestk pada 4 petang Ahad bersama 11 anggota lain pasukan itu, dan terpaksa menempuh 12 pusat pemeriksaan, lapor Bernama.

Selepas lima jam perjalanan, beliau bertemu dengan ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai dan mula berunding tentang 11 perkara.
"Tiga perkara dibincangkan iaitu urusan mengambil mayat mangsa, kotak hitam dan bangkai pesawat berkenaan.

"Borodai bersetuju memenuhi semua permintaan Malaysia, tanpa sebarang syarat," beliau dipetik sebagai berkata.



Mohd Sukri juga dilaporkan menambah, pasukan itu amat mengagumi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kejayaan tersebut, kerana ia adalah hasil tindakan beliau menghubungi kerajaan Ukraine dan Borodai.

Seorang lagi anggota pasukan perunding Malaysia, Rosli Shaari pula berkata dalam rundingan di pejabat Borodai itu, beliau melihat kumpulan pemisah menggantung sekeping gambar pesawat Malaysia di penjuru bilik, dengan beberapa pasu bunga diletakkan di atas meja di bawah gambar itu sebagai tanda ucapan takziah kepada mangsa.

 

VIDEO - Ketua Pemisah Hubungi Pakar Malaysia!!!


BORODAI: Mayat-mayat yang berjaya dikumpul tidak akan di bawa ke Kiev.

DONETSK: Ketua pemberontak, Alexander Borodai tampil dalam satu sidang media mengesahkan sudah menghubungi 12 pakar dari Malaysia.

Kesemua mereka akan ke Donetsk untuk pengurusan mayat mangsa nahas MH17.





Borodai dalam sidang media ini menghuraikan beberapa perkara berbangkit.

  • Pertama, mengenai pengurusan mangsa nahas serta akses ke lokasi kejadian.

  • Selain itu, ketua puak pemisah pro Rusia ini mengesahkan mayat-mayat yang berjaya dikumpul tidak akan di bawa ke Kiev.

  • Borodai turut mengulas mengenai kotak hitam MH17.

  • Beliau mengesahkan kotak hitam berada dalam simpanan kumpulannya dan hanya akan menyerahkannya kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO.




No comments:

Post a Comment